Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
Thursday, July 30, 2009
Tips Menghilangkan Panau di Muka
Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
Tips Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
Tips Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
Tips Hilangkan Parut Demam Campak
Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
Tips Menjadikan Kulit Muka Lembut dan Cerah
Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus.
Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Selamat Mencuba...
Tips Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Selamat Mencuba...
Tips Tegangkan Kulit Muka
- Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
- Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Selamat Mencuba...
Wednesday, July 29, 2009
Tips Menghilangkan Bintik Hitam
Antaranya :
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
- Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
- Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Selamat Mencuba...
Tips Menjaga Kecantikan Wajah
2. Dan kedua, yang kadang terlewat adalah melakukan perawatan wajah secara teratur. Meskipun pada hari tersebut tidak menggunakan make up, perawatan wajah secara teratur mesti tetap dilakukan. Pembersihan itu meliputi pembersihan kulit, penggunaan scrub/peeling (untuk menghilangkan sel-sel kulit mati) memperbaiki sirkulasi darah/ getah bening di kulit dengan massage, pemberian nutrisi dengan pemberian ampul, serum, gel, atau masker yang mengandung bahan-bahan yang dapat melembabkan kulit dan berfungsi sebagai antioksidan.
3. Selalu menggunakan tabir surya/sunblock/suncreen sedini mungkin, dengan SPF (Sun Protecting Factor) 15 yang mengandung titanium dioksida, seng oksida dan avobenzena untuk melindungi kulit dari paparan sinar matahari yang mengakibatkan kelainan warna kulit, kerutan dan kulit menjadi kendur.
4. Perbanyak makan sayur dan buah-buahan segar berwarna sebgai sumber nutrisi dan antioksidan untuk menjaga kecantikan kulit. Hindari junkfood dan produk olahan.
5. Mengkonsumsi produk yang berasal dari kacang kedelai (tahu tempe dan susu kacang kedelai), kurma dong quai, ginseng, dan minum teh yang berasal dari biji adas, sebagai sumber estrogen alami.
6. Minum air putih paling sedikit 2.5 liter/hari untuk menjaga kelembaban kulit, dan kurangi, bila perlu hindari mengkonsumsi kopi dan softdrink. Diusahakan pula untuk minum teh hijau minimal 2 cangkir sehari. Teh hijau terbilang baik untuk menjaga kesehatan kulit karena mengandung antioksidan yang lebih paten dari vitamin C.
7. Mengkonsumsi suplemen antioksidan seperti vitamin A (betakarotin), vitamin C, vitamin E, vitamin B-kompleks, dan beberapa mineral seperti selenium dan seng.
8. Dan yang terakhir, untuk melancarkan aliran darah/getah bening, sehingga asupan nutrisi dan oksigen pada sel-sel kulit lebih baik dan mempercepat pembentukan sel-sel kulit yang baru adalah dengan cara olahraga. Olahraga yang terbaik adalah olahraga yang dapat menggerakkan sebagian besar otot di tubuh seperti seperti jalan cepat, joging, senam aerobik, berenang, dan lain-lain minima 3 kali seminggu selama 30 minit/ kali.
Tips Menghilangkan Jerawat
Hendak atau tidak,inilah hakikatnya.Remaja terpaksa menempuhi masalah ini.Antara faktor timbulnya masalah jerawat adalah kebersihan muka.
Berikut adalah petua untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat :
- Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri.
- Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
- Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
- Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka.
- Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
- Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
- Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
- Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
- Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
- Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk.
- Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Tips Menjaga Wajah
Cara Penjagaan Rambut Sihat
RAMBUT anda harus dipelihara kerana ia bukan sahaja dianggap sebagai mahkota kecantikan malahan juga boleh menceritakan keadaan tubuh anda, sama ada anda sihat atau sebaliknya. Sekiranya anda sakit, mengalami tekanan, keletihan dan tidak berselera, kesannya dapat dilihat pada rambut.
Anda seharusnya mengamalkan cara-cara pemakanan yang baik dan mengambil zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan rambut yang sihat. Ini adalah kerana untuk mendapatkan rambut yang sihat bersinar bukanlah setakat menukar jenama syampu sahaja.
Rambut yang terlalu berminyak dan tidak bermaya, mungkin disebabkan oleh pembuangan toksin di dalam badan yang lemah, peredaran darah terganggu dan kurang pengambilan air.
Untuk mendapatkan sel rambut yang sihat, apa yang diperlukan adalah makanan yang benar-benar berkhasiat, banyakkan meminum air dan juga sistem penghadaman yang baik. Seperti tubuh anda, rambut juga perlu makanan yang berkhasiat. Oleh sebab inilah anda perlu menjamu rambut anda itu dengan makanan yang terbaik.
Makanan-makanan yang boleh membantu anda mendapatkan rambut yang sihat bersinar adalah seperti berikut:
- Susu masam atau dadih. Anda boleh membuatnya sendiri atau membelinya di pasar raya.
- Mengamalkan pemakanan sayur-sayuran segar yang dijadikan ulam (vegetable salad) dan juga buah-buahan.
- Menggunakan minyak seperti minyak zaitun atau minyak bijan sebagai perasa untuk ulam sayur-sayuran anda. Anda diingatkan untuk tidak menggunakan minyak-minyak ini untuk menumis kerana ini akan mengubah struktur kimia yang terdapat di dalamnya dan menjadikannya tidak berkhasiat.
- Memakan kekacang seperti biji rami (linseeds), badam atau kacang tanah dan lain-lain. Ataupun memakan bijirin-bijirin daripada bunga matahari, labu dan ini termasuk juga biji bijan.
- Memakan rumpai air (seaweed).
- Makanan berbijirin seperti oat atau beras perang dan termasuk juga bijirin-bijirin daripada tumbuh-tumbuhan (buckwheat/millet).
- Memakan ikan yang berminyak seperti ikan salmon, tuna, tenggiri dan juga sardin.
- Mengamalkan memakan vitamin-vitamin dan garam galian seperti semua vitamin B, asid gamma-linolenic (GLA), minyak ikan, minyak biji rami (linseed oil), selenium, zink, zat besi dan juga antioksida yang mengandungi beta-carotene seperti vitamin C dan E.
- Makanan dan minuman yang perlu anda kurangkan atau elak adalah seperti minuman beralkohol, minuman berkafein dan bergas, makanan yang telah diproses, lemak pejal seperti mentega serta garam dan gula.
Kita semua mempunyai jenis rambut yang berlainan dan sudah pasti cara pemakanan juga berbeza. Berikut adalah rajah menunjukkan makanan-makanan yang diperlukan menurut jenis rambut (lihat rajah di atas).
Selain daripada kekurangan zat-zat makanan, kerosakan pada rambut dan kulit kepala boleh juga disebabkan oleh faktor-faktor lain. Faktor-faktor seperti terlalu kerap mengeringkan rambut dengan pengering rambut, air yang mengandungi klorin dan terdedah di dalam bilik yang berhawa dingin pasti akan membuatkan rambut anda kering dan tidak bermaya.
Rawatan kemoterapi dan radioterapi, pengambilan ubat-ubatan, tubuh yang lemah akibat kemalangan, ketegangan pada kepala dan leher juga boleh mengakibat rambut tidak sihat dan gugur.
Faktor-faktor dalaman lain yang boleh menyebabkan rambut tidak bermaya termasuk masalah tiroid, penurunan berat badan disebabkan pengamalan diet yang keterlaluan, kegelisahan berterusan, tekanan perasaan serta kurang rehat dan tidur yang mencukupi.
Untuk mendapatkan rambut ikal mayang, anda perlu mengamalkan cara hidup yang sihat kerana bukan sahaja rambut anda yang akan mendapat manfaatnya tetapi juga keadaan fizikal dan mental anda.
Cara Memilih Syampu Atau Barangan Penjagaan Rambut
PETUA MENJAGA RAMBUT
Rambut adalah mahkota wanita semua sudah tahu fakta itu. Namun setiap wanita pasti ada masalah yang tersendiri mengenai rambut masing-masing…
Masalah Rambut gugur.. Masalah rambut mudah kusut.. Masalah Rambut nipis.. Masalah kelumumur.. Macam macam lagi lah masalah tentang rambut ini..
Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan sebenarnya. Namun masalah yang sering di hadapi dalam mengamalkan petua menjaga rambut tradisional ini adalah cara untuk mendapatkan bahan-bahan mentahnya lah.. Oleh itu ramai daripada kita mengambil langkah mudah dengan membuat treatment secara moden sahaja senang.. beli aja di watson n guardian..
Daun bunga raya jugabertindak melembutkan rambut dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
Santan juga adalah bahan yang di gunakan untuk melebatkan rambut. Pati santin di lumurkanpada kepala dan di biarkan setengah jam sebelum di cuci.