Showing posts with label Penjagaan Rambut. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Rambut. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

Cara Penjagaan Rambut Sihat

RAMBUT anda harus dipelihara kerana ia bukan sahaja dianggap sebagai mahkota kecantikan malahan juga boleh menceritakan keadaan tubuh anda, sama ada anda sihat atau sebaliknya. Sekiranya anda sakit, mengalami tekanan, keletihan dan tidak berselera, kesannya dapat dilihat pada rambut.
Anda seharusnya mengamalkan cara-cara pemakanan yang baik dan mengambil zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan rambut yang sihat. Ini adalah kerana untuk mendapatkan rambut yang sihat bersinar bukanlah setakat menukar jenama syampu sahaja.
Rambut yang terlalu berminyak dan tidak bermaya, mungkin disebabkan oleh pembuangan toksin di dalam badan yang lemah, peredaran darah terganggu dan kurang pengambilan air.
Untuk mendapatkan sel rambut yang sihat, apa yang diperlukan adalah makanan yang benar-benar berkhasiat, banyakkan meminum air dan juga sistem penghadaman yang baik. Seperti tubuh anda, rambut juga perlu makanan yang berkhasiat. Oleh sebab inilah anda perlu menjamu rambut anda itu dengan makanan yang terbaik.
Makanan-makanan yang boleh membantu anda mendapatkan rambut yang sihat bersinar adalah seperti berikut:







  • Susu masam atau dadih. Anda boleh membuatnya sendiri atau membelinya di pasar raya.



  • Mengamalkan pemakanan sayur-sayuran segar yang dijadikan ulam (vegetable salad) dan juga buah-buahan.



  • Menggunakan minyak seperti minyak zaitun atau minyak bijan sebagai perasa untuk ulam sayur-sayuran anda. Anda diingatkan untuk tidak menggunakan minyak-minyak ini untuk menumis kerana ini akan mengubah struktur kimia yang terdapat di dalamnya dan menjadikannya tidak berkhasiat.



  • Memakan kekacang seperti biji rami (linseeds), badam atau kacang tanah dan lain-lain. Ataupun memakan bijirin-bijirin daripada bunga matahari, labu dan ini termasuk juga biji bijan.



  • Memakan rumpai air (seaweed).



  • Makanan berbijirin seperti oat atau beras perang dan termasuk juga bijirin-bijirin daripada tumbuh-tumbuhan (buckwheat/millet).



  • Memakan ikan yang berminyak seperti ikan salmon, tuna, tenggiri dan juga sardin.



  • Mengamalkan memakan vitamin-vitamin dan garam galian seperti semua vitamin B, asid gamma-linolenic (GLA), minyak ikan, minyak biji rami (linseed oil), selenium, zink, zat besi dan juga antioksida yang mengandungi beta-carotene seperti vitamin C dan E.



  • Makanan dan minuman yang perlu anda kurangkan atau elak adalah seperti minuman beralkohol, minuman berkafein dan bergas, makanan yang telah diproses, lemak pejal seperti mentega serta garam dan gula.



Kita semua mempunyai jenis rambut yang berlainan dan sudah pasti cara pemakanan juga berbeza. Berikut adalah rajah menunjukkan makanan-makanan yang diperlukan menurut jenis rambut (lihat rajah di atas).
Selain daripada kekurangan zat-zat makanan, kerosakan pada rambut dan kulit kepala boleh juga disebabkan oleh faktor-faktor lain. Faktor-faktor seperti terlalu kerap mengeringkan rambut dengan pengering rambut, air yang mengandungi klorin dan terdedah di dalam bilik yang berhawa dingin pasti akan membuatkan rambut anda kering dan tidak bermaya.
Rawatan kemoterapi dan radioterapi, pengambilan ubat-ubatan, tubuh yang lemah akibat kemalangan, ketegangan pada kepala dan leher juga boleh mengakibat rambut tidak sihat dan gugur.
Faktor-faktor dalaman lain yang boleh menyebabkan rambut tidak bermaya termasuk masalah tiroid, penurunan berat badan disebabkan pengamalan diet yang keterlaluan, kegelisahan berterusan, tekanan perasaan serta kurang rehat dan tidur yang mencukupi.
Untuk mendapatkan rambut ikal mayang, anda perlu mengamalkan cara hidup yang sihat kerana bukan sahaja rambut anda yang akan mendapat manfaatnya tetapi juga keadaan fizikal dan mental anda.

Cara Memilih Syampu Atau Barangan Penjagaan Rambut



RAMBUT bagaikan mahkota keanggunan penampilan setiap wanita. Dari jauh lagi wanita berambut sihat dan lebat kelihatan menarik, kelihatan muda dan jelita.Sebaliknya sekiranya wanita muda berambut jarang, kurang sihat dan nampak kulit kepala, mereka kelihatan beberapa tahun lebih tua daripada usia sebenar. Ia berbeza dengan lelaki apabila kepala dicukur botak dianggap satu fesyen penampilan dewasa ini.











Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:

1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.

2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.

6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.

7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.



Faktor yang harus dielakkan bagi mengekalkan rambut sihat dan lebat:

1. Sinaran cahaya matahari terik.

2. Agen pencemaran, jerebu, asap kilang dan kenderaan.

3. Makanan laut dan kandungan ‘monosodium glutamate’ ( MSG) berlebihan dalam makanan.

4. Kulit sensitif, banyak berpeluh.

5. Syampu dengan kandungan silikon, ammonia.

6. Berkongsi sikat, tuala dan bantal yang sudah dihinggapi spora kulat dan penyakit kulit.

PETUA MENJAGA RAMBUT


Rambut adalah mahkota wanita semua sudah tahu fakta itu. Namun setiap wanita pasti ada masalah yang tersendiri mengenai rambut masing-masing…
Masalah Rambut gugur.. Masalah rambut mudah kusut.. Masalah Rambut nipis.. Masalah kelumumur.. Macam macam lagi lah masalah tentang rambut ini..
Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan sebenarnya. Namun masalah yang sering di hadapi dalam mengamalkan petua menjaga rambut tradisional ini adalah cara untuk mendapatkan bahan-bahan mentahnya lah.. Oleh itu ramai daripada kita mengambil langkah mudah dengan membuat treatment secara moden sahaja senang.. beli aja di watson n guardian..



Petua Mengelakkan Rambut Gugur


Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi dalam beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.
Daun bunga raya jugabertindak melembutkan rambut dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
Santan juga adalah bahan yang di gunakan untuk melebatkan rambut. Pati santin di lumurkanpada kepala dan di biarkan setengah jam sebelum di cuci.




Masalah Rambut Kering


Rawatan minyak panastentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan padan rambut menggunakan jari. Kemuadian pekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. ala-ala stim lah ni. Biarkan dalam20 minit dan bersihkan.







Masalah Rambut Berminyak

Campurkan Syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah seperti biasa.

Menghitamkan Rambut
Bakar isi kelapa tua kemudian di parutdan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkanya.
Selamat mencuba petua yang mudah ini.