Saturday, August 1, 2009

Tips Mengekalkan Kesegaran Mata




1. Ais
Ais boleh menyegarkan mata yang keletihan.Cara-caranya:
1)Bungkus sebongkah ais batu yang kecil dengan seutas sapu tangan.
2)Tekapkan ais di mata sekitar 2-3 minit.
3)Lakukan perkara yang sama dengan mata lainnya.
Lebih baik dilakukan pada waktu pagi, kerana akan membuat mata menjadi lebih segar dan sedia melakukan aktiviti seharian.


2. Hirisan Tomato
Caranya cukup mudah :
1)Tekapkan hirisan tomato di mata selama 15 minit.
2)Hirisan tomatonya tidak perlu tebal-tebal.Sekitar 1/2 cm sahaja.
Selamat Mencuba...

Tips Penjagaan Mata


1. Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.
2. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.
3. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.

Tips Melembabkan Muka



Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.
Selamat Mencuba...

Tips Menghilangkan Kulit Berminyak



Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Tips Hilangkan Kesan Akibat Tidak Kesesuaian Alat Solek




  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.

  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.

Thursday, July 30, 2009

Tips Menghilangkan Panau di Muka



Penyakit kulit seperti panau amat memalukan apabila berlaku di muka.Seseorang yang menghadapi penyakit ini akan mengalami masalah kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat.Ada penyelesaian terhadap masalah ini.




Cara penyelesaiannya ialah :



Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.


Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
Selamat Mencuba...

Tips Mengekalkan Seri Wajah



Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.

Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.

Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Selamat Mencuba...

Tips Melicinkan Kulit Muka





Wajah yang licin adalah impian bagi setiap wanita.
Tetapi,
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-




Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.



Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.



Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.



Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.



Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.



Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.



Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Selamat Mencuba...

Tips Hilangkan Parut Demam Campak




Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-


Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.


Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.


Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.


Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Selamat Mencuba...

Tips Menjadikan Kulit Muka Lembut dan Cerah

Kulit lembut dan cerah adalah impian semua wanita.Beruntung kepada wanita yang memiliki kulit wajah yang sebegini.Berikut adalah tips menjadikan kulit muka lembut dan cerah :


Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.





Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.





Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.





Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.





Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.





Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus.





Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.





Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.



Selamat Mencuba...

Tips Menghilangkan Parut di Muka




Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.






  • Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.


Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.



Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.



Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.



Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Selamat Mencuba...

Tips Tegangkan Kulit Muka

Hari demi hari,usia semakin meningkat.Pelbagai masalah kesihatan mula menjelma dalam diri antaranya masalah kekedutan di kulit wajah.Berikut adalah tip menegangkan kulit muka :

  • Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.

  • Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Selamat Mencuba...

Wednesday, July 29, 2009

Tips Menghilangkan Bintik Hitam

Masalah bintik hitam di wajah adalah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita.Pelbagai langkah dapat dilakukan dalam proses pencegahan bintik hitam di wajah.
Antaranya :

Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.


  • Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.

  • Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Selamat Mencuba...

Tips Menjaga Kecantikan Wajah

Kecantikan wajah adalah amat penting bagi semua orang terutama kaum wanita. Berikut adalah tips menjaga kecantikan wajah yang boleh diamalkan :

1. Perkara pertama yang harus diperhatikan untuk menjaga kecantikan kulit dan mencegah proses penuaan kulit adalah : bahan makanan yang dikonsumsi, paparan sinar matahari, produk yang digunakan, racun akibat polusi lingkungan dan sikap mental.
2. Dan kedua, yang kadang terlewat adalah melakukan perawatan wajah secara teratur. Meskipun pada hari tersebut tidak menggunakan make up, perawatan wajah secara teratur mesti tetap dilakukan. Pembersihan itu meliputi pembersihan kulit, penggunaan scrub/peeling (untuk menghilangkan sel-sel kulit mati) memperbaiki sirkulasi darah/ getah bening di kulit dengan massage, pemberian nutrisi dengan pemberian ampul, serum, gel, atau masker yang mengandung bahan-bahan yang dapat melembabkan kulit dan berfungsi sebagai antioksidan.
3. Selalu menggunakan tabir surya/sunblock/suncreen sedini mungkin, dengan SPF (Sun Protecting Factor) 15 yang mengandung titanium dioksida, seng oksida dan avobenzena untuk melindungi kulit dari paparan sinar matahari yang mengakibatkan kelainan warna kulit, kerutan dan kulit men
jadi kendur.
4. Perbanyak makan sayur dan buah-buahan segar berwarna sebgai sumber nutrisi dan antioksidan untuk menjaga kecantikan kulit. Hindari junkfood dan produk olahan.
5. Mengkonsumsi produk yang berasal dari kacang kedelai (tahu tempe dan susu kacang kedelai), kurma dong quai, ginseng, dan minum teh yang berasal dari biji adas, sebagai sumber estrogen alami.
6. Minum air putih paling sedikit 2.5 liter/hari untuk menjaga kelembaban kulit, dan kurangi, bila perlu hindari mengkonsumsi kopi dan softdrink. Diusahakan pula untuk minum teh hijau minimal 2 cangkir sehari. Teh hijau terbilang baik untuk menjaga kesehatan kulit karena mengandung an
tioksidan yang lebih paten dari vitamin C.
7. Mengkonsumsi suplemen antioksidan seperti vitamin A (betakarotin), vitamin C, vitamin E, vitamin B-kompleks, dan beberapa mineral seperti selenium dan seng.
8. Dan yang terakhir, untuk melancarkan aliran darah/getah bening, sehingga asupan nutrisi dan oksigen pada sel-sel kulit lebih baik dan mempercepat pembentukan sel-sel kulit yang baru adalah dengan cara olahraga. Olahraga yang terbaik adalah olahraga yang dapat menggerakkan sebagian besar otot di tubuh seperti seperti jalan cepat, joging, senam aerobik, berenang, dan lain-lain minima 3 kali seminggu selama 30 minit/ kali.

Tips Menghilangkan Jerawat

Memang tidak dapat dipisahkan lagi antara jerawat dan remaja.

Hendak atau tidak,inilah hakikatnya.Remaja terpaksa menempuhi masalah ini.Antara faktor timbulnya masalah jerawat adalah kebersihan muka.



Berikut adalah petua untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat :




  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri.


  2. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


  3. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.


  4. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka.


  5. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.


  6. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.


  7. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.


  8. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.


  9. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.


  10. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk.


  11. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Tips Menjaga Wajah

Secara umum baik wanita mau pun lelaki harus menjaga kulitnya dari pelbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah seperti berikut:



• Cuci tangan yang bersih sebelum menyentuh wajah anda



• Lakukan pembersihan kulit wajah pada pagi dan malam: Perlu dilakukan di malam hari – walaupun anda tidak memakai solekan, kerana wajah anda mudah mengalami pencemaran. Perlu pula dilakukan pada waktu pagi, kerana kulit anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada waktu malam



• Di waktu malam, luangkan waktu untuk memijat kulit untuk menstimulasi kitaran pertukaran sel-sel pada kulit. Pijatan lembut selama dua minit boleh menghilangkan keletihan, menyantaikan wajah dan memberi kecerahan kulit.



• Lindungi kulit dengan baik, terutama bila anda sering melakukan aktiviti di luar.



• Banyakkan minum air putih.






Untuk kulit kering:



• Berilah ketenangan setiap saat.



• Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan gaya hidup anda.



• Mulakan menggunakan produk perawatan anti-penuaan, segera setelah petanda penuaan muncul. Hal ini kerap terjadi lebih cepat untuk jenis kulit anda (terutama di sekitar mata)



• Hindari mandi dengan air panas, ada baiknya memakai bath oil.






Untuk kulit sensitif:



• Hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok



• Sebaiknya gunakan jari jemari daripada kapas, kain atau tisu.

Cara Penjagaan Rambut Sihat

RAMBUT anda harus dipelihara kerana ia bukan sahaja dianggap sebagai mahkota kecantikan malahan juga boleh menceritakan keadaan tubuh anda, sama ada anda sihat atau sebaliknya. Sekiranya anda sakit, mengalami tekanan, keletihan dan tidak berselera, kesannya dapat dilihat pada rambut.
Anda seharusnya mengamalkan cara-cara pemakanan yang baik dan mengambil zat-zat yang diperlukan untuk mendapatkan rambut yang sihat. Ini adalah kerana untuk mendapatkan rambut yang sihat bersinar bukanlah setakat menukar jenama syampu sahaja.
Rambut yang terlalu berminyak dan tidak bermaya, mungkin disebabkan oleh pembuangan toksin di dalam badan yang lemah, peredaran darah terganggu dan kurang pengambilan air.
Untuk mendapatkan sel rambut yang sihat, apa yang diperlukan adalah makanan yang benar-benar berkhasiat, banyakkan meminum air dan juga sistem penghadaman yang baik. Seperti tubuh anda, rambut juga perlu makanan yang berkhasiat. Oleh sebab inilah anda perlu menjamu rambut anda itu dengan makanan yang terbaik.
Makanan-makanan yang boleh membantu anda mendapatkan rambut yang sihat bersinar adalah seperti berikut:







  • Susu masam atau dadih. Anda boleh membuatnya sendiri atau membelinya di pasar raya.



  • Mengamalkan pemakanan sayur-sayuran segar yang dijadikan ulam (vegetable salad) dan juga buah-buahan.



  • Menggunakan minyak seperti minyak zaitun atau minyak bijan sebagai perasa untuk ulam sayur-sayuran anda. Anda diingatkan untuk tidak menggunakan minyak-minyak ini untuk menumis kerana ini akan mengubah struktur kimia yang terdapat di dalamnya dan menjadikannya tidak berkhasiat.



  • Memakan kekacang seperti biji rami (linseeds), badam atau kacang tanah dan lain-lain. Ataupun memakan bijirin-bijirin daripada bunga matahari, labu dan ini termasuk juga biji bijan.



  • Memakan rumpai air (seaweed).



  • Makanan berbijirin seperti oat atau beras perang dan termasuk juga bijirin-bijirin daripada tumbuh-tumbuhan (buckwheat/millet).



  • Memakan ikan yang berminyak seperti ikan salmon, tuna, tenggiri dan juga sardin.



  • Mengamalkan memakan vitamin-vitamin dan garam galian seperti semua vitamin B, asid gamma-linolenic (GLA), minyak ikan, minyak biji rami (linseed oil), selenium, zink, zat besi dan juga antioksida yang mengandungi beta-carotene seperti vitamin C dan E.



  • Makanan dan minuman yang perlu anda kurangkan atau elak adalah seperti minuman beralkohol, minuman berkafein dan bergas, makanan yang telah diproses, lemak pejal seperti mentega serta garam dan gula.



Kita semua mempunyai jenis rambut yang berlainan dan sudah pasti cara pemakanan juga berbeza. Berikut adalah rajah menunjukkan makanan-makanan yang diperlukan menurut jenis rambut (lihat rajah di atas).
Selain daripada kekurangan zat-zat makanan, kerosakan pada rambut dan kulit kepala boleh juga disebabkan oleh faktor-faktor lain. Faktor-faktor seperti terlalu kerap mengeringkan rambut dengan pengering rambut, air yang mengandungi klorin dan terdedah di dalam bilik yang berhawa dingin pasti akan membuatkan rambut anda kering dan tidak bermaya.
Rawatan kemoterapi dan radioterapi, pengambilan ubat-ubatan, tubuh yang lemah akibat kemalangan, ketegangan pada kepala dan leher juga boleh mengakibat rambut tidak sihat dan gugur.
Faktor-faktor dalaman lain yang boleh menyebabkan rambut tidak bermaya termasuk masalah tiroid, penurunan berat badan disebabkan pengamalan diet yang keterlaluan, kegelisahan berterusan, tekanan perasaan serta kurang rehat dan tidur yang mencukupi.
Untuk mendapatkan rambut ikal mayang, anda perlu mengamalkan cara hidup yang sihat kerana bukan sahaja rambut anda yang akan mendapat manfaatnya tetapi juga keadaan fizikal dan mental anda.

Cara Memilih Syampu Atau Barangan Penjagaan Rambut



RAMBUT bagaikan mahkota keanggunan penampilan setiap wanita. Dari jauh lagi wanita berambut sihat dan lebat kelihatan menarik, kelihatan muda dan jelita.Sebaliknya sekiranya wanita muda berambut jarang, kurang sihat dan nampak kulit kepala, mereka kelihatan beberapa tahun lebih tua daripada usia sebenar. Ia berbeza dengan lelaki apabila kepala dicukur botak dianggap satu fesyen penampilan dewasa ini.











Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:

1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.

2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.

6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.

7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.



Faktor yang harus dielakkan bagi mengekalkan rambut sihat dan lebat:

1. Sinaran cahaya matahari terik.

2. Agen pencemaran, jerebu, asap kilang dan kenderaan.

3. Makanan laut dan kandungan ‘monosodium glutamate’ ( MSG) berlebihan dalam makanan.

4. Kulit sensitif, banyak berpeluh.

5. Syampu dengan kandungan silikon, ammonia.

6. Berkongsi sikat, tuala dan bantal yang sudah dihinggapi spora kulat dan penyakit kulit.

PETUA MENJAGA RAMBUT


Rambut adalah mahkota wanita semua sudah tahu fakta itu. Namun setiap wanita pasti ada masalah yang tersendiri mengenai rambut masing-masing…
Masalah Rambut gugur.. Masalah rambut mudah kusut.. Masalah Rambut nipis.. Masalah kelumumur.. Macam macam lagi lah masalah tentang rambut ini..
Petua tradisional sebenarnya lebih asli dan tiada kesan sampingan sebenarnya. Namun masalah yang sering di hadapi dalam mengamalkan petua menjaga rambut tradisional ini adalah cara untuk mendapatkan bahan-bahan mentahnya lah.. Oleh itu ramai daripada kita mengambil langkah mudah dengan membuat treatment secara moden sahaja senang.. beli aja di watson n guardian..



Petua Mengelakkan Rambut Gugur


Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya, ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih. Ulangi dalam beberapa kali dalam seminggu dan pasti membuahkan hasil yang memuaskan.
Daun bunga raya jugabertindak melembutkan rambut dan lidah buaya boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
Santan juga adalah bahan yang di gunakan untuk melebatkan rambut. Pati santin di lumurkanpada kepala dan di biarkan setengah jam sebelum di cuci.




Masalah Rambut Kering


Rawatan minyak panastentu saja untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak syuran) kemudian lumurkan padan rambut menggunakan jari. Kemuadian pekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. ala-ala stim lah ni. Biarkan dalam20 minit dan bersihkan.







Masalah Rambut Berminyak

Campurkan Syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah seperti biasa.

Menghitamkan Rambut
Bakar isi kelapa tua kemudian di parutdan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkanya.
Selamat mencuba petua yang mudah ini.